Thursday, November 19, 2009

Kem Anak Cemerlang Keluarga Gemilang



KEM ANAK CEMERLANG KELUARGA GEMILANG

TARIKH:6 DEC 2009– 12 DEC 2009

Yuran penyertaan: RM195 seorang

Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad. Hubungi kami segera untuk maklumat lanjut.

Pakej:

Penginapan, makan 4 kali sehari, modul solat, modul penghafalan Doa, modul membaca Al-Quran dan modul potensi diri.

Terbuka kepada pelajar berusia dari 7 hingga 17 tahun. Program Anak Cemerlang, Keluarga Gemilang akan dijalankan selama 7 hari dan 6 malam ini meliputi pelbagai elemen menarik. Antaranya modul sahsiah, modul ibadah, dan banyak lagi yang boleh dimiliki dengan mengikuti program hebat dengan harga yang menjimatkan. Kem Anak Cemerlang, Keluarga Gemilang disusun sedemikian bagi membimbing adik-adik agar mampu mengenali potensi diri dan berinteraksi secara sihat. Panduan pemakaian dan penampilan diri juga akan dikongsikan. Slot Solat pula akan memberi fokus kepada panduan berwudhu', tertib solat, bacaan dalam solat dan beberapa aktiviti kecergasan serta contoh kepimpinan dari para Rasul dan anbia’.

Adik-adik akan dapat mengikuti program yang sangat menyeronokkan dengan aktiviti-aktiviti yang telah disusun. Semoga dengan menyertai program-program ini, adik-adik dapat mengenali diri sendiri dengan kekuatan dan potensi yang ada. Adik-adik juga mampu menjadi manusia yang lebih cemerlang terutama daripada sudut ibadah, menghormati orang tua, bersopan dalam berkata-kata, berakhlak mulia, tahu menjaga penampilan diri dan bijak membuat keputusan.

Diantara Sinopsis:

1. Menerapkan dalam diri individu terhadap kepentingan mengerjakan solat dalam apa jua keadaan.

2. Mempelajari kaedah pengamalan solat sebagaimana amalan sunnah Rasulullah SAW.

3. Memberikan nilai tambah pada solat yang dilakukan dengan mempelajari bacaan2 solat selain daripada apa yang biasa.

Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad. Hubungi kami segera untuk maklumat lanjut.

TEMPAT:

KELAS TAHFIZ AR-RAYYAN

382, LORONG DESA MELOR 2/4, TAMAN DESA MELOR, SENAWANG, 70450, SEREMBAN,

NEGERI SEMBILAN.

TEL: 019-333 8469 (Puan Mintom), 06-6798013

TARIKH:6 DEC 2009– 12 DEC 2009

Yuran penyertaan: RM195 seorang

Sila dapatkan keterangan lanjut serta borang dengan klik disini.

Tuesday, September 29, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Kami dari Pertubuhan Kebajikkan Anak-Anakku Sayang, Seremban ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.


Thursday, September 3, 2009

Monday, August 31, 2009

Program Berbuka Puasa Bersama Puchong Bikers

Puchong Bikers bersama-sama dengan anak-anak yatim PKASS pada 29 August 2009.

Thursday, August 27, 2009

Keluarga dan juga rakan.




Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anakku Sayang Seremban (PKASS)

Inilah keluarga kami dan ini jugalah rakan-rakan kami.


Monday, August 24, 2009

Keberkatan


Berkat rezeki kerana banyak bersedekah..renungilah...
Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.
1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal
4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92
9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)
10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.
11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.
Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'
Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.
Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.
Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.
Sekian, wallahualam. Semoga yang baik datang daripada Allah dan yang buruk dari kesilapan sendiri.

Ikhsan dari: http://amalwildan.blogdrive.com/archive/116.html

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan



Kami dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anakku Sayang (PKASS) mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini akan menambahkan lagi keimanan kita semua dan menjadikan kita yang terbaik dikalangan orang-orang yang terbaik. Insya'Allah.


Monday, August 17, 2009

Ucapan ribuan terima kasih dari PKASS

Assalamualaikum,

Syukur kehadrat Allah swt diatas limpah dan kurnia rahmatnya kepada kami bagi meneruskan perjuangan kami membela nasib anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anakku Sayang Seremban (PKASS) ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap dari mereka yang telah menyumbangkan derma, samada dalam bentuk kewangan, makanan dan juga peralatan bagi kemudahan anak-anak yatim kami menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik dan bermakna. Sumbangan setiap dari saudara dan saudari semua samada dari orang perseorangan, badan-badan kerajaan, parti-parti politik dan juga dari syarikat-syarikat swasta amat-amat kami hargai. Hanya Allah swt sahaja yang mampu membalas kebersihan dan keikhlasan hati-hati anda itu. Kami dan juga semua anak-anak yatim kami yang ada sentiasa berdoa kehadrat Illahi agar Ianya memberikan limpah kurnia Rahmatnya yang tidak terhingga samada didunia dan juga diakhirat kepada saudara dan saudari semua agar dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umurnya.

Dan dikesempatan ini, saya juga menyeru kepada mereka-mereka yang diluar sana, agar dapat kiranya Tuan-tuan dan Puan-Puan menghulurkan bantuan dan juga derma kepada anak-anak yatim kami ini. Pelbagai program dan usaha yang telah kami rancang untuk mereka. Malahan ada beberapa perancangan yang telah dilaksanakan, salah satu perancangan mega kami adalah sebuah bangunan perpustakaan dan juga untuk ruang belajar bersebelahan Rumah Anak-Anakku Sayang telah dibina dan dalam perlaksanaan yang hampir kepada 90% untuk siap sepenuhnya. Ianya telah menelan belanja hampir RM25,000.00. Dan sebahagian perbelanjaan itu telah diserap oleh pihak syarikat pembinaan bangunan tersebut. Malahan diatas kemahiran dan pengalaman syarikat itu juga, banyak perbelanjaan yang dapat dijimatkan dan dikurangkan kosnya. Alhamdulillah.

Sekian terima kasih.

Thursday, August 13, 2009

Berita Keratan Surat Khabar PKASS



Rumah Anak-Anakku Sayang (PKASS)

Pertubuhan Kebajikkan Anak-Anak Ku Sayang Seremban




Sejarah Penubuhan
Rumah Anak-Anakku Sayang ditubuhkan pada 1 Januari 2008 oleh Ustazah Rayah binti Abd Ghani. Beliau adalah bekas seorang guru Sekolah Menengah dan kini bergiat aktif sebagai penceramah bebas di surau-surau, jabatan-jabatan kerajaan, swasta dan kampung-kampung disekitar Seremban, Negeri Sembilan.
Ustazah Rayah memiliki kelulusan Diploma Eksekutif Lanjutan dari Universiti Malaya dan kini meneruskan pengajian diperingkat Sarjanamuda Pengajian dengan kepujian Islam (Pengajian Al Quran dan Al Sunnah) di Universiti Kebangsaan Malaysia – Bangi. Pengajian beliau akan tamat pada 2012.
Beliau merupakan pengasas kepada Rumah Ibuku Sayang dan Kelas Tahfiz Al Quran dan Fardhu Ain Ar Rayyan mempunyai sifat penyayang, merasa terharu apabila melihat anak-anak yang terbiar tanpa perhatian setelah ibu atau bapa mereka pergi menemui Ilahi. Atas rasa keinsafan dihati, beliau rasa bertanggung jawap terhadap anak-anak yang terbiar lalu menubuhkan Rumah Anak-AnakKu Sayang. Beliau tidak mahu melihat anak-anak tersebut tercicir dalam pelajaran atau terjebak dalam gejala sosial. Hasil dari semangat yang gigih serta sokongan dan dorongan dari anak-anak serta sahabat-sahabat Rumah Anak-Anakku Sayang menjadi kenyataan. Mula beroperasi pada 17 Mac 2008 di penempatan sementara 391 Lorong 2/4 Tmn Desa Melor, Senawang.
Mereka kini ditempatkan di premis tetap yang beralamat 1013 Persiaran Semarak 2 Taman Panchor Jaya, Ampangan dan dalam proses pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Objektif
Objektif utama RAS ditubuhkan :
Memberi penempatan yang selesa dan sempurna kepada anak-anak yatim.
Memberi perlindungan agar tidak terjebak dengan gejala sosial.
Memberi didikan agama dan akademik yang sempurna agar mereka menjadi insan yang berjaya didunia dan akhirat.
Memberi perhatian dan kasih sayang agar mereka merasakan diri mereka dihargai dan masih ada yang menyayangi mereka.
Mendidik mereka hidup berdikari dan membina semangat ukhwah sesama penghuni.

Visi
Bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dan terbilang dikalangan anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anakku Sayang Seremban (PKASS) agar mereka mampu menyumbang segala ilmu pengetahuan yang dimiliki kepada Agama, bangsa dan negara mereka..

Penghuni

Sehingga kini mempunyai 15 orang penghuni yang datang dari sekitar Negeri Sembilan. Penghuni berumur antara 10 – 17 tahun. Bagi yang bersekolah menengah mereka kini belajar di Sekolah Menengah Pendita Zaaba, Paroi Jaya dan yang bersekolah rendah pula di Sekolah Kebangsaan Paroi Jaya.

Premis Penempatan
Dibeli pada 2 Disember 2008 dengan harga RM 128,500.00 dan hanya 10% dari harga tersebut yang telah dibayar. Bakinya masih belum dilunaskan lagi.

Dana
Sehingga kini RAS belum mempunyai sumber dana yang tetap. Dana diperolehi dari individu yang sudi menghulur bagi menampung sara hidup dan kos harian penghuni.
Kami merayu kepada masyarakat agar dapat menghulurkan bantuan bagi meringankan beban.
Segala sumbangan boleh disalurkan kepada:
Ustazah Rayah Bt Abd Ghani
No Akaun RHB :
1050 88000 11890
Diatas nama: Rayah bt Abd Ghani

Penutup
Hulurkan bantuan anda dengan ikhlas agar penghuni-penghuni RAS dapat menikmati kehidupan seperti anak-anak yang punya ibu dan bapa.

Sunday, August 9, 2009

Laman Blog Utama Rumah Anak-Anakku Sayang



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, akhirnya sebuah laman blog untuk Rumah Anak-Anakku Sayang dapat juga disediakan. Telah begitu lama, penghuni dan juga pihak pengurusan menunggu-nunggu saya menyediakan untuk mereka sebuah blog seperti ini agar segala akitiviti dan juga informasi dari Rumah Anak-Anakku sayang ini dapat disampaikan terus kepada seluruh masyarakat di Negeri Sembilan dan juga di seluruh pelusuk dunia tanpa batasan ini.

Diharap melalui laman blog ini, saudara dan saudari diluar sana dapat memahami dengan lebih dekat lagi Rumah Anak-Anakku Sayang dan segala aktiviti yang mereka jalankan.

Sekian terima kasih.
Firman Allah: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 220)

VISI:

Bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dan terbilang dikalangan anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anakku Sayang Seremban (PKASS) agar mereka mampu menyumbang segala ilmu pengetahuan yang dimiliki kepada Agama, bangsa dan negara mereka.

MISI:

- Memberikan pendidikan formal (Sekolah kebangsaan rendah dan menengah).

- Memastikan dan menyediakan prasarana pendidikan yang kondusif di rumah PKASS.

- Memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak yatim PKASS.

- Memperlengkap dan memantapkan mereka dengan EQ (Emotional) and juga SQ (Spiritual).

Visitor maps