Monday, January 18, 2010

Diantara kelengkapan di rumah PKASS

Bangunan kutub kanah bersebelahan rumah PKASS.

Tempat riadah di rumah PKASS. Disebelah kanan disediakan tempat merek berwudhuk sebelum mereka beramai-ramai pergi ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat fardhu berjemaah.

Suasana didalam bangunan kutub kanah bersebelahan rumah PKASS untuk anak-anak belajar, mengulangkaji pelajaran dan juga aktiviti-aktiviti tertentu. Ianya juga dilengkapi dengan Wifi.

Sunday, January 17, 2010

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Thursday, January 14, 2010

IQ PINTAR PREVIEW 2010 - BERGEGAR KL


TEKNIK PEMBELAJARAN KILAT

IQ Pintar (Seminar PERCUMA)
"Rahsia Anak Pintar dan Pelajar Cemerlang"


Topik menarik:
  1. 5 punca mengapa anak malas belajar dan gagal dalam peperiksaan dan bagaimana untuk magatasinya.
  2. Teknik belajar dan menghafal dengan pencapaian 100%.
  3. Cara termudah untuk lulus dengan markah tinggi dalam peperiksaan.
  4. Pemakanan berkhasiat bagi otak yang cerdas.
  5. Bagaimana pelajar lemah yang sering gagal bertukar mendapat A.
***YOU WILL ALSO DISCOVER***
  1. ---►5 Top reasons why Smart Students Fail
  2. ---► Discover Powerful Techniques to Score Top Marks in School
  3. ---► How to sharpen the memory power to achieve 100% recall
  4. ---► 7 Effective Strategies to help your child pass exams with high flying colours
  5. ---►Nutrition for “Exam Smart” Brains
  6. ---►The Key to Create Instant Self Confidence and Increased Self Esteem
  7. ---► And much more!



Pendaftaran seminar adalah PERCUMA. Sila hubungi:

No Office: 03-40211061
H/P: 017-2685542

Alamat: 6-13A, Prima Setapak II, Jalam Gombak Sejahtera,
Off Jalan Gombak, 53000, Kuala Lumpur.
website: learningdiscoverries.net

Hari Lahir kepada adik Alimi bin Sidek yang ke- 7 tahun

Kami mengucapkan selamat Hari Lahir kepada adik Alimi bin Sidek yang ke- 7 tahun pada 15 January 2010 ini.

Kami mendoakan semoga adik Alimi dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan Berjaya didalam pelajaran.


 

Ikhlas dari

Rushdi Baharum

(Pengerusi PKASS)

Wednesday, January 6, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010 kepada kakitangan dan juga ahli-ahli jawatan kuasa Pertubuhan Kebajikkan Anak-Anakku Sayang dan juga anak-anak Yatim di PKASS. Mengimbau semula apa yang telah berlaku pada tahun 2009 yang lepas, membuatkan hati begitu terharu. Pelbagai pengalaman pahit dan manis yang telah kita tempuhi bersama bagi menjayakan semua matlamat yang ingin dicapai. 

Dari awal pertubuhan kebajikkan ini ditubuhkan pada tahun 2008 sehinggalah ke penghujung tahun 2009, pelbagai dugaan pahit ataupun manis yang kita lalui. Itu semua pengalaman yang mengajar kita agar menjadi insan yang lebih mantap dan perkasa bagi mengharungi kehidupan ini. Bagi mereka yang terlibat samada secara 'direct' atau 'indirect' dengan pertubuhan PKASS ini, saya mengucapkan syabas kepada anda semua yang secara terus-terus mengembeling tenaga dan meluangkan masa yang berharga untuk menabur bakti kepada anak-anak yatim di PKASS ini. Semoga Allah s.w.t memberikan balasan dengan pahala dan juga rezeki yang melimpah-ruah kepada anda semua. Semoga tahun baru ini, akan menguatkan lagi azam dan juga usaha kita untuk terus menabur bakti kepada PKASS agar kita semua menjadi insan yang cemerlang didunia dan diakhirat. Insya'Allah. Berikut adalah diantara aktiviti-aktiviti menarik PKASS yang sempat dirakamkan sepanjang tahun 2009:


Firman Allah: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 220)

VISI:

Bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dan terbilang dikalangan anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anakku Sayang Seremban (PKASS) agar mereka mampu menyumbang segala ilmu pengetahuan yang dimiliki kepada Agama, bangsa dan negara mereka.

MISI:

- Memberikan pendidikan formal (Sekolah kebangsaan rendah dan menengah).

- Memastikan dan menyediakan prasarana pendidikan yang kondusif di rumah PKASS.

- Memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak yatim PKASS.

- Memperlengkap dan memantapkan mereka dengan EQ (Emotional) and juga SQ (Spiritual).

Visitor maps