Monday, October 31, 2011

Pelajar-Pelajar Cemerlang dari Kolej MARA meluangkan masa mengajar anak-anak yatim PKASS



Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang berlaku di PKASS, hari ini.


Pelajar-pelajar dari Kolej MARA meluangkan masa mengajar anak-anak yatim di PKASS yang bermula dari hari ini, selama 5 bulan pada setiap hari Sabtu pagi. Kami dari AJK PKASS, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah dan juga pihak Kolej MARA yang menyumbangkan kemahiran, tenaga dan masa mereka. Semoga Allah merahmati kamu semua. Amin..




Firman Allah: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 220)

VISI:

Bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dan terbilang dikalangan anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anakku Sayang Seremban (PKASS) agar mereka mampu menyumbang segala ilmu pengetahuan yang dimiliki kepada Agama, bangsa dan negara mereka.

MISI:

- Memberikan pendidikan formal (Sekolah kebangsaan rendah dan menengah).

- Memastikan dan menyediakan prasarana pendidikan yang kondusif di rumah PKASS.

- Memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak yatim PKASS.

- Memperlengkap dan memantapkan mereka dengan EQ (Emotional) and juga SQ (Spiritual).

Visitor maps