Monday, April 7, 2014

Selamat ulang tahun kelahiran Ustazah Hjh Rayah bt Abd Ghani yang ke-76 tahun

Kami mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran Ustazah Hjh Rayah bt Abd Ghani yang ke-76 tahun (Pengasas Rumah Anak-Anakku Sayang Arrayyan, Seremban, Rumah Ibuku Sayang Arrayyan, Seremban dan Pusat Pengajian Darul Quran Arrayyan, Seremban). Semoga panjang umur, dianugerahkan kesihatan yang berpanjangan dan mencapai segala cita-cita bagi membangunkan generasi muda yang soleha.












Sunday, February 16, 2014

Kem Cuti Sekolah (March 2014): Membina Generasi Cintakan Solat.

Mengapa saya perlu solat? Adakah solat itu hanya sebagai adat didalam Islam? Ibu bapa saya tidak solat, mengapa saya perlu solat? Keluarga saya bukan dalam golongan yang kuat pegangan agama Islam, mereka tidak memberatkan solat dalam kehidupan harian.
Itu adalah diantara persoalan dan senario yang sering menjadi tanda tanya dan dilema oleh anak-anak dan remaja pada zaman ini. Jika kita fikirkan, ianya sungguh menakutkan.
Kepada ibu bapa dan penjaga, janganlah kita biarkan anak-anak kita dibiarkan dengan persoalan begini dan membiarkan mereka didalam dilema. Kerana usia yang sebegitu muda, mereka perlukan pendidikan dan pelajaran agama Islam yang mantap untuk mereka berhadapan dengan dunia yang lebih mencabar lagi pada usia mereka meningkat dewasa. 
Oleh itu Pusat Pengajian Darul Quran Arrayyan menawarkan Kem Membina Generasi Cintakan Solat pada musim cuti sekolah (22-24 March 2014) ini.
Objektif kem ini adalah untuk memupuk sifat dan sikap agar didalam hati mereka terberkas kasih dan cinta mereka kepada solat. Inn Shaa Allah.

Doa Nabi Ibrahim AS yang cintakan solat:
"Wahai Tuhanku, jadikan aku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku"

Jangan lepaskan peluang ini.
Daftar sekarang.
(Borang online juga ada disediakan dengan klik DISINI)
Jumlah peserta adalah terhad kepada 40 orang sahaja.

Kem ini akan diadakan pada:
22 Mac - 24 Mac 2014 (3 hari, 2 malam)

Bertempat di:
Pusat Pengajian Darul Quran Arrayyan
874, Persiaran Semarak 2, Taman Panchor Jaya,
70400, Sereban, Negeri Sembilan.

Hubungi kami:
Klik DISINI atau:
Tel Pejabat: 06-677 2413
HP: 016-6019213 /  019-6067445 / 017-3461513

Flyers / Pamphlet "Kem Membina Generasi Cintakan Solat":


Thursday, July 18, 2013

Berita Suratkhabar

Berita bergambar dari suratkhabar Harian Metro dan juga Sinar.

Sunday, November 6, 2011

Seekor Lembu Kurban Hari Raya Adil Adha 2011 Sumbangan SM Nasarudin SM Nasimuddin

Berikut adalah gambar-gambar Seekor lembu kurban sumbangan dari SM Nasarudin SM Nasimuddin yang diadakan di Kuala Pilah di Hari Raya Kurban 2011.


Senarai Penama penyumbang kurban seekor lembu. Semoga nama-nama tersebut di berkahi hidupnya, diberikan kesihatan dan umur yang panjang dan dilempahi rezeki yang mencurah-curah, dan berbahagia didunia dan diakhirat. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, semoga rohnya dilimpahi rahmatNya, dan ditempatkan roh-roh mereka bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin. ( Doa dari pihak anak-Aaak yatim dan ibu-ibu warga emas Ar-Rayyan.)


Suasana kandang Lembu yang terdapat di Kuala Pilah.


Orang ramai sudah sedia menunggu giliran untuk lembu mereka di kurbankan.



Ustazah bersama rakannya Makcik Zalifah sedang menanti giliran duduk dikerusi yang disediakan.

Lembu kurban yang telah ditangkap diikat dengan ketat.

Lembu kurban telah siap diikat hanya menunggu masa untuk disembelih.

Lembu kurban yang disembelih secara profesional oleh imam disana.

Sedikit sedutan video ketika penyembelihan lembu kurban dijalankan.

Keadaan lembu kurban yang telah disembelih.

Lembu kurban yang telah disembelih tadi, siap untuk di siang dagingnya.



Keadaan lembu kurban yang sedang disiang daging.


Ustazah Rayah Abdul Ghani, telah bersedia untuk mengambil bahagian daging kurban yang telah dimasukkan kedalam plastik putih tersebut untuk dibawa pulang dan diagih-agihkan kepada Rumah Anak-Anakku Sayang dan Rumah Ibuku Sayang di Panchur Jaya, Seremban.


Thursday, November 3, 2011

Apa yang Allah berikan?

Allah tidak beri apa yang aku inginkan tetapi memberi apa yang aku perlukan.


Bacalah Dari Rabbani.

Apa yang kau tahu.? Bacalah!


Monday, October 31, 2011

Pelajar-Pelajar Cemerlang dari Kolej MARA meluangkan masa mengajar anak-anak yatim PKASS



Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang berlaku di PKASS, hari ini.


Pelajar-pelajar dari Kolej MARA meluangkan masa mengajar anak-anak yatim di PKASS yang bermula dari hari ini, selama 5 bulan pada setiap hari Sabtu pagi. Kami dari AJK PKASS, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah dan juga pihak Kolej MARA yang menyumbangkan kemahiran, tenaga dan masa mereka. Semoga Allah merahmati kamu semua. Amin..




Monday, December 20, 2010

Majlis Warga Emas Kebangsaan 2010


Diatas minat dan juga usaha gigih yang tidak pernah kenal erti jemu dan penat, Ustazah Rayah bt Abd Ghani berjaya menubuhkan Rumah Anak-Anakku Sayang Ar-Rayyan ( sebuah penempatan untuk anak-anak yatim dan miskin) dan juga Rumah Ibuku Sayang Ar-Rayyan (sebuah penempatan untuk ibu-ibu warga emas). Diatas usaha gigih beliau itu, maka JKM, Malaysia telah memilih beliau sebagai salah seorang yang menerima Anugerah Cemerlang Warga Emas peringkat Kebangsaan tahun 2010, yg diadakan pada 16 December 2010, bertempat di Rumah Seri Kenangan, Cheras Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berikut adalah diantara gambar-gambar yang sempat diambil sewaktu berlangsungnya majlis tersebut yang di sempurnakan oleh YAB Dato' Seri Shahrizat.









Firman Allah: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 220)

VISI:

Bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dan terbilang dikalangan anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anakku Sayang Seremban (PKASS) agar mereka mampu menyumbang segala ilmu pengetahuan yang dimiliki kepada Agama, bangsa dan negara mereka.

MISI:

- Memberikan pendidikan formal (Sekolah kebangsaan rendah dan menengah).

- Memastikan dan menyediakan prasarana pendidikan yang kondusif di rumah PKASS.

- Memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak yatim PKASS.

- Memperlengkap dan memantapkan mereka dengan EQ (Emotional) and juga SQ (Spiritual).

Visitor maps