VISI: Bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dan terbilang dikalangan anak-anak yatim dan miskin agar mereka mampu menyumbang segala ilmu pengetahuan yang dimiliki kepada Agama, bangsa dan negara.
Alamat: Lot 1013 Persiaran Semarak 2, Taman Panchor Jaya, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.
Selamat Tahun Baru 2010 kepada kakitangan dan juga ahli-ahli jawatan kuasa Pertubuhan Kebajikkan Anak-Anakku Sayang dan juga anak-anak Yatim di PKASS. Mengimbau semula apa yang telah berlaku pada tahun 2009 yang lepas, membuatkan hati begitu terharu. Pelbagai pengalaman pahit dan manis yang telah kita tempuhi bersama bagi menjayakan semua matlamat yang ingin dicapai.
Dari awal pertubuhan kebajikkan ini ditubuhkan pada tahun 2008 sehinggalah ke penghujung tahun 2009, pelbagai dugaan pahit ataupun manis yang kita lalui. Itu semua pengalaman yang mengajar kita agar menjadi insan yang lebih mantap dan perkasa bagi mengharungi kehidupan ini. Bagi mereka yang terlibat samada secara 'direct' atau 'indirect' dengan pertubuhan PKASS ini, saya mengucapkan syabas kepada anda semua yang secara terus-terus mengembeling tenaga dan meluangkan masa yang berharga untuk menabur bakti kepada anak-anak yatim di PKASS ini. Semoga Allah s.w.t memberikan balasan dengan pahala dan juga rezeki yang melimpah-ruah kepada anda semua. Semoga tahun baru ini, akan menguatkan lagi azam dan juga usaha kita untuk terus menabur bakti kepada PKASS agar kita semua menjadi insan yang cemerlang didunia dan diakhirat. Insya'Allah. Berikut adalah diantara aktiviti-aktiviti menarik PKASS yang sempat dirakamkan sepanjang tahun 2009:
Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad. Hubungi kami segera untuk maklumat lanjut.
Pakej:
Penginapan, makan 4 kali sehari, modul solat, modul penghafalan Doa, modul membaca Al-Quran dan modul potensi diri.
Terbuka kepada pelajar berusia dari 7 hingga 17 tahun. Program Anak Cemerlang, Keluarga Gemilang akan dijalankan selama 7 hari dan 6 malam ini meliputi pelbagai elemen menarik. Antaranya modul sahsiah, modul ibadah, dan banyak lagi yang boleh dimiliki dengan mengikuti program hebat dengan harga yang menjimatkan. Kem Anak Cemerlang, Keluarga Gemilang disusun sedemikian bagi membimbing adik-adik agar mampu mengenali potensi diri dan berinteraksi secara sihat. Panduan pemakaian dan penampilan diri juga akan dikongsikan. Slot Solat pula akan memberi fokus kepada panduan berwudhu', tertib solat, bacaan dalam solat dan beberapa aktiviti kecergasan serta contoh kepimpinan dari para Rasul dan anbia’.
Adik-adik akan dapat mengikuti program yang sangat menyeronokkan dengan aktiviti-aktiviti yang telah disusun. Semoga dengan menyertai program-program ini, adik-adik dapat mengenali diri sendiri dengan kekuatan dan potensi yang ada. Adik-adik juga mampu menjadi manusia yang lebih cemerlang terutama daripada sudut ibadah, menghormati orang tua, bersopan dalam berkata-kata, berakhlak mulia, tahu menjaga penampilan diri dan bijak membuat keputusan.
Diantara Sinopsis:
1. Menerapkan dalam diri individu terhadap kepentingan mengerjakan solat dalam apa jua keadaan.
2. Mempelajari kaedah pengamalan solat sebagaimana amalan sunnah Rasulullah SAW.
3. Memberikan nilai tambah pada solat yang dilakukan dengan mempelajari bacaan2 solat selain daripada apa yang biasa.
Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad. Hubungi kami segera untuk maklumat lanjut.
TEMPAT:
KELAS TAHFIZ AR-RAYYAN
382, LORONG DESA MELOR 2/4, TAMAN DESA MELOR, SENAWANG, 70450, SEREMBAN,
Firman Allah: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 220)
VISI:
Bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dan terbilang dikalangan anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anakku Sayang Seremban (PKASS) agar mereka mampu menyumbang segala ilmu pengetahuan yang dimiliki kepada Agama, bangsa dan negara mereka.
MISI:
- Memberikan pendidikan formal (Sekolah kebangsaan rendah dan menengah).
- Memastikan dan menyediakan prasarana pendidikan yang kondusif di rumah PKASS.
- Memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak yatim PKASS.
- Memperlengkap dan memantapkan mereka dengan EQ (Emotional) and juga SQ (Spiritual).