Thursday, August 13, 2009

Pertubuhan Kebajikkan Anak-Anak Ku Sayang Seremban




Sejarah Penubuhan
Rumah Anak-Anakku Sayang ditubuhkan pada 1 Januari 2008 oleh Ustazah Rayah binti Abd Ghani. Beliau adalah bekas seorang guru Sekolah Menengah dan kini bergiat aktif sebagai penceramah bebas di surau-surau, jabatan-jabatan kerajaan, swasta dan kampung-kampung disekitar Seremban, Negeri Sembilan.
Ustazah Rayah memiliki kelulusan Diploma Eksekutif Lanjutan dari Universiti Malaya dan kini meneruskan pengajian diperingkat Sarjanamuda Pengajian dengan kepujian Islam (Pengajian Al Quran dan Al Sunnah) di Universiti Kebangsaan Malaysia – Bangi. Pengajian beliau akan tamat pada 2012.
Beliau merupakan pengasas kepada Rumah Ibuku Sayang dan Kelas Tahfiz Al Quran dan Fardhu Ain Ar Rayyan mempunyai sifat penyayang, merasa terharu apabila melihat anak-anak yang terbiar tanpa perhatian setelah ibu atau bapa mereka pergi menemui Ilahi. Atas rasa keinsafan dihati, beliau rasa bertanggung jawap terhadap anak-anak yang terbiar lalu menubuhkan Rumah Anak-AnakKu Sayang. Beliau tidak mahu melihat anak-anak tersebut tercicir dalam pelajaran atau terjebak dalam gejala sosial. Hasil dari semangat yang gigih serta sokongan dan dorongan dari anak-anak serta sahabat-sahabat Rumah Anak-Anakku Sayang menjadi kenyataan. Mula beroperasi pada 17 Mac 2008 di penempatan sementara 391 Lorong 2/4 Tmn Desa Melor, Senawang.
Mereka kini ditempatkan di premis tetap yang beralamat 1013 Persiaran Semarak 2 Taman Panchor Jaya, Ampangan dan dalam proses pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Objektif
Objektif utama RAS ditubuhkan :
Memberi penempatan yang selesa dan sempurna kepada anak-anak yatim.
Memberi perlindungan agar tidak terjebak dengan gejala sosial.
Memberi didikan agama dan akademik yang sempurna agar mereka menjadi insan yang berjaya didunia dan akhirat.
Memberi perhatian dan kasih sayang agar mereka merasakan diri mereka dihargai dan masih ada yang menyayangi mereka.
Mendidik mereka hidup berdikari dan membina semangat ukhwah sesama penghuni.

Visi
Bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dan terbilang dikalangan anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anakku Sayang Seremban (PKASS) agar mereka mampu menyumbang segala ilmu pengetahuan yang dimiliki kepada Agama, bangsa dan negara mereka..

Penghuni

Sehingga kini mempunyai 15 orang penghuni yang datang dari sekitar Negeri Sembilan. Penghuni berumur antara 10 – 17 tahun. Bagi yang bersekolah menengah mereka kini belajar di Sekolah Menengah Pendita Zaaba, Paroi Jaya dan yang bersekolah rendah pula di Sekolah Kebangsaan Paroi Jaya.

Premis Penempatan
Dibeli pada 2 Disember 2008 dengan harga RM 128,500.00 dan hanya 10% dari harga tersebut yang telah dibayar. Bakinya masih belum dilunaskan lagi.

Dana
Sehingga kini RAS belum mempunyai sumber dana yang tetap. Dana diperolehi dari individu yang sudi menghulur bagi menampung sara hidup dan kos harian penghuni.
Kami merayu kepada masyarakat agar dapat menghulurkan bantuan bagi meringankan beban.
Segala sumbangan boleh disalurkan kepada:
Ustazah Rayah Bt Abd Ghani
No Akaun RHB :
1050 88000 11890
Diatas nama: Rayah bt Abd Ghani

Penutup
Hulurkan bantuan anda dengan ikhlas agar penghuni-penghuni RAS dapat menikmati kehidupan seperti anak-anak yang punya ibu dan bapa.

No comments:

Post a Comment

Firman Allah: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 220)

VISI:

Bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dan terbilang dikalangan anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anakku Sayang Seremban (PKASS) agar mereka mampu menyumbang segala ilmu pengetahuan yang dimiliki kepada Agama, bangsa dan negara mereka.

MISI:

- Memberikan pendidikan formal (Sekolah kebangsaan rendah dan menengah).

- Memastikan dan menyediakan prasarana pendidikan yang kondusif di rumah PKASS.

- Memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak yatim PKASS.

- Memperlengkap dan memantapkan mereka dengan EQ (Emotional) and juga SQ (Spiritual).

Visitor maps