Monday, August 17, 2009

Ucapan ribuan terima kasih dari PKASS

Assalamualaikum,

Syukur kehadrat Allah swt diatas limpah dan kurnia rahmatnya kepada kami bagi meneruskan perjuangan kami membela nasib anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anakku Sayang Seremban (PKASS) ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap dari mereka yang telah menyumbangkan derma, samada dalam bentuk kewangan, makanan dan juga peralatan bagi kemudahan anak-anak yatim kami menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik dan bermakna. Sumbangan setiap dari saudara dan saudari semua samada dari orang perseorangan, badan-badan kerajaan, parti-parti politik dan juga dari syarikat-syarikat swasta amat-amat kami hargai. Hanya Allah swt sahaja yang mampu membalas kebersihan dan keikhlasan hati-hati anda itu. Kami dan juga semua anak-anak yatim kami yang ada sentiasa berdoa kehadrat Illahi agar Ianya memberikan limpah kurnia Rahmatnya yang tidak terhingga samada didunia dan juga diakhirat kepada saudara dan saudari semua agar dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umurnya.

Dan dikesempatan ini, saya juga menyeru kepada mereka-mereka yang diluar sana, agar dapat kiranya Tuan-tuan dan Puan-Puan menghulurkan bantuan dan juga derma kepada anak-anak yatim kami ini. Pelbagai program dan usaha yang telah kami rancang untuk mereka. Malahan ada beberapa perancangan yang telah dilaksanakan, salah satu perancangan mega kami adalah sebuah bangunan perpustakaan dan juga untuk ruang belajar bersebelahan Rumah Anak-Anakku Sayang telah dibina dan dalam perlaksanaan yang hampir kepada 90% untuk siap sepenuhnya. Ianya telah menelan belanja hampir RM25,000.00. Dan sebahagian perbelanjaan itu telah diserap oleh pihak syarikat pembinaan bangunan tersebut. Malahan diatas kemahiran dan pengalaman syarikat itu juga, banyak perbelanjaan yang dapat dijimatkan dan dikurangkan kosnya. Alhamdulillah.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Firman Allah: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 220)

VISI:

Bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dan terbilang dikalangan anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anakku Sayang Seremban (PKASS) agar mereka mampu menyumbang segala ilmu pengetahuan yang dimiliki kepada Agama, bangsa dan negara mereka.

MISI:

- Memberikan pendidikan formal (Sekolah kebangsaan rendah dan menengah).

- Memastikan dan menyediakan prasarana pendidikan yang kondusif di rumah PKASS.

- Memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak yatim PKASS.

- Memperlengkap dan memantapkan mereka dengan EQ (Emotional) and juga SQ (Spiritual).

Visitor maps