Berkat rezeki kerana banyak bersedekah..renungilah...
Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan
adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak
dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah
meskipun banyak harta.
Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang
mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya.
Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku
lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar,
demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini
menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh
Allah.
Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.
1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal
4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan
berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap
hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah
tanpa kita sedari.
6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan
mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui
tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu
barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian
itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian
wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini
jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92
9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia
untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)
10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga
melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki
ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi
Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan
yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama
para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah.
Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam.
Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.
11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.
Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa
terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu
menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan
hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan
hartanya (lokek)'
Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan
akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya
menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka
walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus
dosa sebagaimana air memadam api.
Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah.
Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.
Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah
rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah
akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang
ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan
harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.
Sekian, wallahualam. Semoga yang baik datang daripada Allah
dan yang buruk dari kesilapan sendiri.
Ikhsan dari:
http://amalwildan.blogdrive.com/archive/116.html
No comments:
Post a Comment