Monday, January 18, 2010

Diantara kelengkapan di rumah PKASS

Bangunan kutub kanah bersebelahan rumah PKASS.

Tempat riadah di rumah PKASS. Disebelah kanan disediakan tempat merek berwudhuk sebelum mereka beramai-ramai pergi ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat fardhu berjemaah.

Suasana didalam bangunan kutub kanah bersebelahan rumah PKASS untuk anak-anak belajar, mengulangkaji pelajaran dan juga aktiviti-aktiviti tertentu. Ianya juga dilengkapi dengan Wifi.

No comments:

Post a Comment

Firman Allah: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 220)

VISI:

Bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dan terbilang dikalangan anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anakku Sayang Seremban (PKASS) agar mereka mampu menyumbang segala ilmu pengetahuan yang dimiliki kepada Agama, bangsa dan negara mereka.

MISI:

- Memberikan pendidikan formal (Sekolah kebangsaan rendah dan menengah).

- Memastikan dan menyediakan prasarana pendidikan yang kondusif di rumah PKASS.

- Memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak yatim PKASS.

- Memperlengkap dan memantapkan mereka dengan EQ (Emotional) and juga SQ (Spiritual).

Visitor maps